Make your own free website on Tripod.com


Home
Pengenalan
Kegiatan
Sejarah/Organisasi
Pencarian
Media PBSM
Hubungi Kami

bismillah.gif (6186 bytes)

LAMAN WEB PERSATUAN BULAN SABIT MERAH DAERAH BELAIT, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Persatuan Bulan Sabit Merah - PBSM, Negara Brunei Darussalam yang sebelumnya dikenali British Red Cross Society ditubuhkan pada tahun 1948 diBorneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei. Persatuan ini diiktiraf secara sah dalam Perlembagaan 1959 Negeri Brunei dan kemudiannya setelah Negeri Brunei merdeka ianya terdaftar dalam Akta Pertubuhan-pertubuhan dibawah section 83 (3) bertarikh 17hb. Januari, 1991. sebagai sebuah persatuan bantuan sukarela tertakluk pada syarat-syarat permesyuaratan Geneva.

Persatuan Bulan Sabit Merah Brunei merupakan salah sebuah daripada 175 buah Persatuan Kebangsaan Palang Merah/Bulan Sabit Merah diseluruh dunia dan

 

menjadi ahli kepada Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah yang telahdiasaskan pada tahun 1919 dan beribu Pejabat di Geneva.Misi Persatuan ini tidak hanya terhad kepada memberi perlindungan dan menyelamatkan nyawa semasa berlakunya tragedi dan bencana, ianya juga perihatin dengan aspek-aspek kebajikan masyarakat yang lain seperti membantu mereka yang kurang bernasib baik, orang-orang cacat dan kerja-kerja kemanusiaan yang lain.

Persatuan Bulan Sabit Merah Brunei Darussalam telahpun diterima menjadi ahli yang ke170 dan didaftarkan diInternational Federation of Red Cross and Red Crescent Society Geneva pada 20hb.September,1970.


Copyright by PBSM, Kuala Belait
For problems or questions regarding this Web site contact [rmlijovy@yahoo.co.uk].
Last updated: 08/27/05.